About Me

My photo
Kajang, Selangor
i'm awesome.

Monday 4 July 2011

dangggg ! hi back :)

pehh dah lama aku tak blogging haha. sejak aku sambung belajar ni, takde masa nak blogging. it's okay lah. new environment for me now. takde laa bosan mana pun act. :) tak tahu dah nak cakap pasal apa sebenarnya ni. and and syukur sekarang aku ada kawan baru kat sini :) takde la susah mana pun nak dapat kawan yang well, faham kita macam mana kan. even baru kenal beberapa bulan. so i hope benda macam ni kekal :) i'm happy with my new life kat penang ni so far :D but kadang2 terasa sunyi pun ada jugak, phone aku asyik bunyi cengkerik je haha -.- bukan apa lah, dulu ada je orang yang nak aku text and i cared the most. but now gone with blink of an eye. haih sabar izzat sabar. maybe dia dah jumpa orang yang lagi perfect dari kau and dia tak dapat terima kau seadanya. susah betul cakap pasal feeling ni, menyirap pulak aku -__- hrm its okay, imma forever loner right now hahaha. benda yang lepas tu asyik menghantui aku, ada je teringat lah apa lah. fuck my past i should said. damn ntala aku tak rasa macam menyesal pun, tapi biarlah. apa benda aku merepek ni -.- sometimes, kita kena sacrifice apa yang kita ada untuk kebahagiaan orang lain. and to you, i hope you're doing fine and happy with your life right now. sekarang ni, aku lebih berpendirian and banyak kawan yang tolong and support aku. aku harap benda yang aku buat worth it. asyik mengenang kisah lampau je aku ni haha. hrm and orang semua kata, alaa senang je, kau cari perempuan lain, nanti lupa lah kat ex kesayangan kau tu. wey cakap senang weyyyyy haha. izzat bukan jenis yang macam tu dohhh. tu aku menyampah kalau cakap pasal perasaan, kang aku lebih2 pulak haha. biasa lah, everyone have diff perspective. aku still hormat apa yang diorang cakap tu :) even kalau dah takdir aku nak membujang sampai ke tua, apadahal. aku kaya beb nanti hahahha. biarlah Tuhan yang menentukan apa yang terbaik untuk aku :) people do change, and we need to accept the fact. life aku sekarang ni more to friends, family and most importantly studies. aku kena buktikan kat family aku, aku boleh berjaya. lain lah kalau aku ni anak dato' ke, datin ke. semua macam haram beli kejayaan. no heart feeling right now, izzat. tak nak laa repeat the same mistake in your past. learn from it :)



penulisan yang noob

Monday 20 June 2011

the new one

muka hodoh selepas shopping sebelum masuk UiTM :) thanks to naim, ambil gambar ni dengan ikhlas haha. since dah takde orang boleh teman aku shopping after ni, aku akan jadi loner :) so to you, goodluck with your new bf, guess what dah lama aku tak blogging kan? memang pun sebab aku menghilangkan diri. tak tahan hati dah hancur :) tapi takpelah dah takdir aku macam ni. aku redha, :')

Saturday 7 May 2011

daym dah lama tak post apa-apa kat blog ni. haih tak tahu nak cakap apa lah sorry. stay safe, don't do drugs. get a healthy life, smoking kills. HAHA. byeee -.-''

Monday 25 April 2011

Dia sungguh cantik bersama pakaian hijabnya, saya sungguh cemburu :) 
i love you forever, dee<3

Thursday 21 April 2011

tribute review : Ronnie James Dio

Ronnie James Dio
1942-2010

tanggal keramat 16 Mei 2010, dunia musik kehilangan satu ikon heavy metal dan perginya lagenda heavy metaller dunia, Ronnie James Dio. dipetik dari majalah ROTTW, 'dia bukan mati kerana terkorban ketika menentang pahlawan silam, naga yang ganas ahli sihir durjana atau hantu syaitan yang bermaharajalela di dunia ini seperti apa yang dia tulis di dalam kebanyakan lagu-lagunya'.

beliau mati disebabkan kanser perut. setelah 6 bulan berlawan dengan penyakitnya itu, Dio melangkah pergi meninggalkan dunia yang mortal dan pergi ke satu alam yang immortal. 
dilahirkan dengan nama Ronald James Padavon, Dio meluahkan perasaannya dalam bentuk lagu. lihat saja lah lirik2 lagu yang dihasilkan oleh beliau, semua berkisarkan tentang krisis zaman purba, hantu syaitan, neraka serta pandangan unsur baik serta jahat. karier musik Dio bermula dengan band yang ditubuhkan oleh Dio sendiri iaitu The Vegas King. setelah band ini dibubarkan atas sebab tertentu, Dio menubuhkan band blues-rock yang diberi nama Electric Elves (Elf). pada waktu ini lah Dio banyak mengecapi kejayaan, menjalankan tour bersama Deep Purple, dan selepas itu, suaranya yang lunak dapat menarik perhatian gitaris lagenda, Ritchie Blackmore daripada Deep Purple. selepas itu, Blackmore dan Dio bergabung tenaga sebagai gitaris dan vokalis lalu mereka menubuhkan Rainbow. kini, musik yang dihasilkan oleh mereka lebih keras, bertenaga dan progresif berbeza dengan Elf dan Deep Purple. gandingan mantap antara Dio dan Blackmore membuktikan bahawa mereka hebat di tempat masing-masing. antara lagu yang menjadi hits ketika itu ialah Stargazer ternyata memukau dengan permainan mantap dari setiap line up. seterusnya, Rainbow membuat World Tour dan sejurus selepas itu, berlaku perselisihan faham antara Dio dan Blackmore. dan pada masa yang sama Ozzy Osbourne mempunyai masalah dengan bandnya Black Sabbath. Ozzy meninggalkan band tersebut. jadi, band itu memerlukan vokalis dan mereka mengambil Dio sebagai vokalis. pada tahun itu juga, Black sabbath meriliskan album mereka iaitu 'Heaven and Hell' yang mana kerana persembahan all out dari Dio, ia antara album yang terlaris dijual ketika itu. 

bersama band ini lah Dio mempopularkan isyarat 'tanduk syaitan' ataupun 'kepala kambing', sejenis isyarat tangan yang amat popular di kalangan golongan metal. menurut Dio, dia mempelajari isyarat tangan itu melalui neneknya yang selalu menggunakan ia sebagai isyarat mata syaitan.
 metal hail

setelah mengecapi banyak kejayaan bersama Black Sabbath, berlaku insiden tuduh menuduh di dalam band tersebut. Dio meninggalkan band itu dan dia sendiri menghasilkan band yang diberi nama Dio. ketika ini lah Dio bebas berkarya dan tidak terikat kepada sesiapa, antara lagu yang menjadi hits adalah Holy Diver, Rainbow In The Dark, Don't Talk To Stangers dan banyak lagi. Ronnie James Dio akan sentiasa diingati sebagai salah seorang vokalis metal yang unik tonenya. dengan karier yang menjangkau 6 dekad, beliau terlampau otai untuk musik metal dunia. menjadi antara penentu jalan bagi musik metal, Dio akan dikenang sebagai salah seorang vokalis metal yang mempunyai cara yang tersendiri. rest in peace, Ronnie James Dio

Tuesday 19 April 2011

If it means a lot to you,

hey darling, i hope you're good tonight,
and i know you don't feel right when i'm leaving.
yeah i want it but no, i don't need it,
tell me something sweet go get me by.
cause i can't go back home till they're singing,
lalala
till everyone singing.

if you can wait till i get home,
then i can swear to you that we can make this last.
if you can wait till i get home,
then i swear come tomorrow, this will all be in our past.
it might be for the best.

hey sweetie, i need you here tonight,
and i know that you don't wanna be leaving.
yeah, you want it but i can't help it,
i just feel complete when you're by my side.

you know you can't give me what i need.
and even though you mean so much to me,
i can wait through everything.
is this really happening?
i swear i'll never be happy again.
and don't you dare say we can just be friends,
i'm not some boy that you can sway.
we knew it'd happen eventually.
if you can wait till i get home


If It Means A Lot To You - A Day To Remember

kadang-kadang, hidup ini sukar untuk ditafsirkan. segala benda yang kita impikan tak semestinya kita dapat, dan benda yang kita tak nak akan datang menguji kita. aku baru tersedar dari mimpi, aku belajar sesuatu, tak semuanya sempurna. aku sangat bersyukur mempunyai hidup yang sebengini rupa. tetapi biasalah, lumrah manusia tidak pernah puas dan sentiasa inginkan kelainan, pembaharuan dan lebih-lebih lagi apabila nafsu yang tak dapat dikawal itu menguasai diri. hidup sekarang ini bagaikan baju t-shirt. semua orang hanya memandang luaran, kekayaan, paras rupa, ke-hot an seseorang. jikalau printing t-shirt itu lawa, cantik dan nampak elegan, terutamanya sekali berjenama, pasti semua orang ingin beli. sama seperti hidup. asal anak dato' je semua orang terkejar-kejar, ingin publisiti. tidak sedarkah korang bahawa manusia sebegini, walau secantik mana dia pakai, akhirnya dibalut kain kapan? walau semahal mana makanana dia makan, dia mengeluarkan tahi yg sama dengan orang lain? semua benda yang kita kejar itu hanyalah permainan dunia sahaja. aku bukannya nak berkata aku ini seorang yang sempurna. kita belajar dari kesilapan, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. kadang-kadang, kita tidak sedar yang kita telah banyak melakukan kesilapan. itu sudah pasti. sehebat mana pun seseorang itu, pasti ada cacat celanya. yang paling penting, ingatlah dari pandangan-Nya, kita semua adalah sama:) tidak perlu kita banding-bandingkan kekayaan, rupa paras dan lain-lain. jadi diri sendiri adalah lebih bermakna daripada menjadi palsu hanya untuk memuaskan orang lain. tulisan aku ini tiada kena mengena dengan sesiapa, ini hanyalah jeritan hati aku untuk melepaskan tekanan yang ada dalam diri aku sekarang ni. kalau korang terasa, saya minta maaf :) setiap manusia melakukan kesilapan, dan sentiasa ada peluang kedua untuk kita perbaikinya. sekian