About Me

My photo
Kajang, Selangor
i'm awesome.

Thursday 21 April 2011

tribute review : Ronnie James Dio

Ronnie James Dio
1942-2010

tanggal keramat 16 Mei 2010, dunia musik kehilangan satu ikon heavy metal dan perginya lagenda heavy metaller dunia, Ronnie James Dio. dipetik dari majalah ROTTW, 'dia bukan mati kerana terkorban ketika menentang pahlawan silam, naga yang ganas ahli sihir durjana atau hantu syaitan yang bermaharajalela di dunia ini seperti apa yang dia tulis di dalam kebanyakan lagu-lagunya'.

beliau mati disebabkan kanser perut. setelah 6 bulan berlawan dengan penyakitnya itu, Dio melangkah pergi meninggalkan dunia yang mortal dan pergi ke satu alam yang immortal. 
dilahirkan dengan nama Ronald James Padavon, Dio meluahkan perasaannya dalam bentuk lagu. lihat saja lah lirik2 lagu yang dihasilkan oleh beliau, semua berkisarkan tentang krisis zaman purba, hantu syaitan, neraka serta pandangan unsur baik serta jahat. karier musik Dio bermula dengan band yang ditubuhkan oleh Dio sendiri iaitu The Vegas King. setelah band ini dibubarkan atas sebab tertentu, Dio menubuhkan band blues-rock yang diberi nama Electric Elves (Elf). pada waktu ini lah Dio banyak mengecapi kejayaan, menjalankan tour bersama Deep Purple, dan selepas itu, suaranya yang lunak dapat menarik perhatian gitaris lagenda, Ritchie Blackmore daripada Deep Purple. selepas itu, Blackmore dan Dio bergabung tenaga sebagai gitaris dan vokalis lalu mereka menubuhkan Rainbow. kini, musik yang dihasilkan oleh mereka lebih keras, bertenaga dan progresif berbeza dengan Elf dan Deep Purple. gandingan mantap antara Dio dan Blackmore membuktikan bahawa mereka hebat di tempat masing-masing. antara lagu yang menjadi hits ketika itu ialah Stargazer ternyata memukau dengan permainan mantap dari setiap line up. seterusnya, Rainbow membuat World Tour dan sejurus selepas itu, berlaku perselisihan faham antara Dio dan Blackmore. dan pada masa yang sama Ozzy Osbourne mempunyai masalah dengan bandnya Black Sabbath. Ozzy meninggalkan band tersebut. jadi, band itu memerlukan vokalis dan mereka mengambil Dio sebagai vokalis. pada tahun itu juga, Black sabbath meriliskan album mereka iaitu 'Heaven and Hell' yang mana kerana persembahan all out dari Dio, ia antara album yang terlaris dijual ketika itu. 

bersama band ini lah Dio mempopularkan isyarat 'tanduk syaitan' ataupun 'kepala kambing', sejenis isyarat tangan yang amat popular di kalangan golongan metal. menurut Dio, dia mempelajari isyarat tangan itu melalui neneknya yang selalu menggunakan ia sebagai isyarat mata syaitan.
 metal hail

setelah mengecapi banyak kejayaan bersama Black Sabbath, berlaku insiden tuduh menuduh di dalam band tersebut. Dio meninggalkan band itu dan dia sendiri menghasilkan band yang diberi nama Dio. ketika ini lah Dio bebas berkarya dan tidak terikat kepada sesiapa, antara lagu yang menjadi hits adalah Holy Diver, Rainbow In The Dark, Don't Talk To Stangers dan banyak lagi. Ronnie James Dio akan sentiasa diingati sebagai salah seorang vokalis metal yang unik tonenya. dengan karier yang menjangkau 6 dekad, beliau terlampau otai untuk musik metal dunia. menjadi antara penentu jalan bagi musik metal, Dio akan dikenang sebagai salah seorang vokalis metal yang mempunyai cara yang tersendiri. rest in peace, Ronnie James Dio

No comments:

Post a Comment