About Me

My photo
Kajang, Selangor
i'm awesome.

Tuesday 19 April 2011

kadang-kadang, hidup ini sukar untuk ditafsirkan. segala benda yang kita impikan tak semestinya kita dapat, dan benda yang kita tak nak akan datang menguji kita. aku baru tersedar dari mimpi, aku belajar sesuatu, tak semuanya sempurna. aku sangat bersyukur mempunyai hidup yang sebengini rupa. tetapi biasalah, lumrah manusia tidak pernah puas dan sentiasa inginkan kelainan, pembaharuan dan lebih-lebih lagi apabila nafsu yang tak dapat dikawal itu menguasai diri. hidup sekarang ini bagaikan baju t-shirt. semua orang hanya memandang luaran, kekayaan, paras rupa, ke-hot an seseorang. jikalau printing t-shirt itu lawa, cantik dan nampak elegan, terutamanya sekali berjenama, pasti semua orang ingin beli. sama seperti hidup. asal anak dato' je semua orang terkejar-kejar, ingin publisiti. tidak sedarkah korang bahawa manusia sebegini, walau secantik mana dia pakai, akhirnya dibalut kain kapan? walau semahal mana makanana dia makan, dia mengeluarkan tahi yg sama dengan orang lain? semua benda yang kita kejar itu hanyalah permainan dunia sahaja. aku bukannya nak berkata aku ini seorang yang sempurna. kita belajar dari kesilapan, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. kadang-kadang, kita tidak sedar yang kita telah banyak melakukan kesilapan. itu sudah pasti. sehebat mana pun seseorang itu, pasti ada cacat celanya. yang paling penting, ingatlah dari pandangan-Nya, kita semua adalah sama:) tidak perlu kita banding-bandingkan kekayaan, rupa paras dan lain-lain. jadi diri sendiri adalah lebih bermakna daripada menjadi palsu hanya untuk memuaskan orang lain. tulisan aku ini tiada kena mengena dengan sesiapa, ini hanyalah jeritan hati aku untuk melepaskan tekanan yang ada dalam diri aku sekarang ni. kalau korang terasa, saya minta maaf :) setiap manusia melakukan kesilapan, dan sentiasa ada peluang kedua untuk kita perbaikinya. sekian

No comments:

Post a Comment