About Me

My photo
Kajang, Selangor
i'm awesome.

Monday 25 April 2011

Dia sungguh cantik bersama pakaian hijabnya, saya sungguh cemburu :) 
i love you forever, dee<3

Thursday 21 April 2011

tribute review : Ronnie James Dio

Ronnie James Dio
1942-2010

tanggal keramat 16 Mei 2010, dunia musik kehilangan satu ikon heavy metal dan perginya lagenda heavy metaller dunia, Ronnie James Dio. dipetik dari majalah ROTTW, 'dia bukan mati kerana terkorban ketika menentang pahlawan silam, naga yang ganas ahli sihir durjana atau hantu syaitan yang bermaharajalela di dunia ini seperti apa yang dia tulis di dalam kebanyakan lagu-lagunya'.

beliau mati disebabkan kanser perut. setelah 6 bulan berlawan dengan penyakitnya itu, Dio melangkah pergi meninggalkan dunia yang mortal dan pergi ke satu alam yang immortal. 
dilahirkan dengan nama Ronald James Padavon, Dio meluahkan perasaannya dalam bentuk lagu. lihat saja lah lirik2 lagu yang dihasilkan oleh beliau, semua berkisarkan tentang krisis zaman purba, hantu syaitan, neraka serta pandangan unsur baik serta jahat. karier musik Dio bermula dengan band yang ditubuhkan oleh Dio sendiri iaitu The Vegas King. setelah band ini dibubarkan atas sebab tertentu, Dio menubuhkan band blues-rock yang diberi nama Electric Elves (Elf). pada waktu ini lah Dio banyak mengecapi kejayaan, menjalankan tour bersama Deep Purple, dan selepas itu, suaranya yang lunak dapat menarik perhatian gitaris lagenda, Ritchie Blackmore daripada Deep Purple. selepas itu, Blackmore dan Dio bergabung tenaga sebagai gitaris dan vokalis lalu mereka menubuhkan Rainbow. kini, musik yang dihasilkan oleh mereka lebih keras, bertenaga dan progresif berbeza dengan Elf dan Deep Purple. gandingan mantap antara Dio dan Blackmore membuktikan bahawa mereka hebat di tempat masing-masing. antara lagu yang menjadi hits ketika itu ialah Stargazer ternyata memukau dengan permainan mantap dari setiap line up. seterusnya, Rainbow membuat World Tour dan sejurus selepas itu, berlaku perselisihan faham antara Dio dan Blackmore. dan pada masa yang sama Ozzy Osbourne mempunyai masalah dengan bandnya Black Sabbath. Ozzy meninggalkan band tersebut. jadi, band itu memerlukan vokalis dan mereka mengambil Dio sebagai vokalis. pada tahun itu juga, Black sabbath meriliskan album mereka iaitu 'Heaven and Hell' yang mana kerana persembahan all out dari Dio, ia antara album yang terlaris dijual ketika itu. 

bersama band ini lah Dio mempopularkan isyarat 'tanduk syaitan' ataupun 'kepala kambing', sejenis isyarat tangan yang amat popular di kalangan golongan metal. menurut Dio, dia mempelajari isyarat tangan itu melalui neneknya yang selalu menggunakan ia sebagai isyarat mata syaitan.
 metal hail

setelah mengecapi banyak kejayaan bersama Black Sabbath, berlaku insiden tuduh menuduh di dalam band tersebut. Dio meninggalkan band itu dan dia sendiri menghasilkan band yang diberi nama Dio. ketika ini lah Dio bebas berkarya dan tidak terikat kepada sesiapa, antara lagu yang menjadi hits adalah Holy Diver, Rainbow In The Dark, Don't Talk To Stangers dan banyak lagi. Ronnie James Dio akan sentiasa diingati sebagai salah seorang vokalis metal yang unik tonenya. dengan karier yang menjangkau 6 dekad, beliau terlampau otai untuk musik metal dunia. menjadi antara penentu jalan bagi musik metal, Dio akan dikenang sebagai salah seorang vokalis metal yang mempunyai cara yang tersendiri. rest in peace, Ronnie James Dio

Tuesday 19 April 2011

If it means a lot to you,

hey darling, i hope you're good tonight,
and i know you don't feel right when i'm leaving.
yeah i want it but no, i don't need it,
tell me something sweet go get me by.
cause i can't go back home till they're singing,
lalala
till everyone singing.

if you can wait till i get home,
then i can swear to you that we can make this last.
if you can wait till i get home,
then i swear come tomorrow, this will all be in our past.
it might be for the best.

hey sweetie, i need you here tonight,
and i know that you don't wanna be leaving.
yeah, you want it but i can't help it,
i just feel complete when you're by my side.

you know you can't give me what i need.
and even though you mean so much to me,
i can wait through everything.
is this really happening?
i swear i'll never be happy again.
and don't you dare say we can just be friends,
i'm not some boy that you can sway.
we knew it'd happen eventually.
if you can wait till i get home


If It Means A Lot To You - A Day To Remember

kadang-kadang, hidup ini sukar untuk ditafsirkan. segala benda yang kita impikan tak semestinya kita dapat, dan benda yang kita tak nak akan datang menguji kita. aku baru tersedar dari mimpi, aku belajar sesuatu, tak semuanya sempurna. aku sangat bersyukur mempunyai hidup yang sebengini rupa. tetapi biasalah, lumrah manusia tidak pernah puas dan sentiasa inginkan kelainan, pembaharuan dan lebih-lebih lagi apabila nafsu yang tak dapat dikawal itu menguasai diri. hidup sekarang ini bagaikan baju t-shirt. semua orang hanya memandang luaran, kekayaan, paras rupa, ke-hot an seseorang. jikalau printing t-shirt itu lawa, cantik dan nampak elegan, terutamanya sekali berjenama, pasti semua orang ingin beli. sama seperti hidup. asal anak dato' je semua orang terkejar-kejar, ingin publisiti. tidak sedarkah korang bahawa manusia sebegini, walau secantik mana dia pakai, akhirnya dibalut kain kapan? walau semahal mana makanana dia makan, dia mengeluarkan tahi yg sama dengan orang lain? semua benda yang kita kejar itu hanyalah permainan dunia sahaja. aku bukannya nak berkata aku ini seorang yang sempurna. kita belajar dari kesilapan, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. kadang-kadang, kita tidak sedar yang kita telah banyak melakukan kesilapan. itu sudah pasti. sehebat mana pun seseorang itu, pasti ada cacat celanya. yang paling penting, ingatlah dari pandangan-Nya, kita semua adalah sama:) tidak perlu kita banding-bandingkan kekayaan, rupa paras dan lain-lain. jadi diri sendiri adalah lebih bermakna daripada menjadi palsu hanya untuk memuaskan orang lain. tulisan aku ini tiada kena mengena dengan sesiapa, ini hanyalah jeritan hati aku untuk melepaskan tekanan yang ada dalam diri aku sekarang ni. kalau korang terasa, saya minta maaf :) setiap manusia melakukan kesilapan, dan sentiasa ada peluang kedua untuk kita perbaikinya. sekian

my new damn haircut -.-'


setelah sekian lama berambut panjang, kini saya bertukar wajah. :)
goodbye to the old, say hi to the new one 

Sunday 17 April 2011

haih demam pulak kan, ahhhh please go awayy. okay so damn sleepy after makan ubat, tu pun ada orang suruh makan:) okaylah nak tidur zzz byee

Saturday 16 April 2011

betapa dalamnya luka yang kamu beri, hanya Tuhan yang tahu.

Friday 15 April 2011

sighhhhhhhhhhhhh 

Bizharo :O


gaahh sekarang aku sangap gila lagu2 Bizharo. pagi tadi aku online fb dan mata aku bersinar-sinar melihat news feed aku yg mengatakan dorang baru rilis 3 lagu baru. pehh aku tak cakap banyak, terus download. dan sememangnya dorang superb menghasilkan lagu:) aku berpuas hati dengan lagu dorang, terutamanya lagu Failure, dari time dorang masuk Global Battle Of The Band aku try search nak download lagu tu. haa now baru dapat:D thanks Bizharo, mewarnai scene underground ni dengan penuh ikhlas. *cehceh HAHA. amende tah aku cakap ni. tapi like seriously puasss:) abang2 Bizharo memang terbaik, siap ada lagu untuk illuminati kott, haha. Illumination. yang paling best lagu hits Vampire's Kiss sudah diperbaharui dengan arrangement baru yg bertajuk The Vampire's Kiss. wooo baik bai. walaupun Bizharo sudah lama menyepi, tapi buat comeback gila2 lah :D okay, bagi aku Bizharo sepatutnya menang pada Global Battle Of The Band haritu. aku cakap bukan atas dasar minat pada band ni. sudah tentu lah peminat nak band kesayangan dorang menang kan? tapi aku cakap atas dasar musik, they don't deserved that second place. sorry:) walau mcm mana pun, aku tetap support this scene, our scene, will never die. hail, Bizharo

Thursday 14 April 2011

:')

to you, happy 11th monthsary :) every moment we've shared together, will remains forever in my heart. nothing gonna changed that. you know it right :) i love you <3

review.

Kalmah

now, it's time for review:) hehe.bagi pendengar setia metal, korang sure tahu punya lah band ni. favorite kottt :D this is Kalmah people, band melodic death metal daripada Finland. serious terbaik. kalau korang tak suka, korang bukan metal-bangers,haha. okay Kalmah ditubuhkan pada tahun 1998. diorang dapat nama "Kalmah" ni daripada perkataan "Karelian" yang bermaksud pergi mati.HAHA. ganas tak ganas lah kan dorang ni. tengok rambut dorang lah der :D plus, guitar riff yg dibuat dan dicipta oleh dorang sememangnya sungguh melodic, tak tumpah seperti In Flames.

bukannya aku nak kata dorang ni copycat ke apa, tapi itulah hakikatnya. 'seperti' je, bukan 'sebijik'. haa kena faham ayat keling disitu.nampak dah permainan dia haha. dah apa aku merepek ni -.- bagi aku, album terbaik yang dorang pernah hasilkan ialah Swamplord dan The Black Waltz. lagu favorite semestinya Hades:) okay enjoy it, Kalmah<3

Sunday 10 April 2011

New World Order

haa korang sure tahu lah kan pasal benda ni? okay aku tanak lah terangkan pasal detail benda alah new world order ni, tapi yang boleh aku cakap, it's all about masonic thing, haha atau lebih common, gerakan Freemason :O a brief history about this masonic things, dorang dah ada atau ditubuhkan dalam dunia ni sejak awal masihi lagi, alaa time zaman firaun dulu-dulu. and dari apa yang aku baca, dorang ni sembah tuhan matahari ataupun Ra, dan Lucifer(aku pun kurang pasti). so tak heran lah kalau kita sering lihat lambang segitiga and ada satu mata kat atas tu.okay kalau korang tak pnah tengok ni ha kat bawah

haa gambar kat atas ni dah terbukti kat one dollar amerika. okay motif dorang buat lambang ni hanya pada one dollar amerika korang nak tahu pasal apa? sebab one dollar amerika ni duit kecil.so semua orang boleh dapat duit ni and boleh dikatakan this freemasonic things nak mengaruh kita melalui mind control. bijak kan dorang? korang jangan terkejut lah sebab ramai orang2 yang berjawatan tinggi dan berpangkat besar kat dunia ni berada dalam group freemason atau dorang bagi nama New World Order.contohnya, Benjamin Franklin, Britney Spears yang ada darah daging dan keturunan George W. Bush, Lady Gaga, dan banyak lagi. okay nak penjelasan yang lagi jelas tak?

Freemason = Illuminati = New World Order

hrm aku sebenarnya taknak lah taksub sangat dengan benda ni, aku buat research pun untuk pengetahuan am ddan kita perlu tahu apa yang terjadi kat dunia kita sekarang ni. be aware people, this shit dah lama dah bertapak kat bumi ni, dan kita tak sedar kehadiran dorang pun. Allah dah bagi kita akal untuk berfikir mana yg baik dan buruk kan?haa sebab tu lah kita kena aware. aku banyak tahu pasal Freemason ni dari kawan aku, dia bagi aku tengok satu video bersiri, berjumlah 57 episod kalau tak silap aku, yang bertajuk The Arrival. so korang kalau nak tahu lebih mendalam pasal benda ni, tengok lah this awesome vids. orang Islam jugak yang buat and kajiannya adalah benar belaka. hrm kalau aku nak cerita semua, sumpah penat bai nak tulis haha. haritu aku bukak Astro Hitz time tu tengah iklan, dan tiba2 aku nampak lambang Freemason. haha. lambang dia lebih kurang mcmni


dan kalau nak tahu, tagline dorang 'all seing eyes' maksudnya tuhan matahari lah dorang refer kepada satu mata tu. dan aku tengok the arrival, itulah sebenarnya Dajjal. MasyaAllah, dunia dah berada kepada penghujungnya. hrm biasanya, dorang ni very common ngan segitiga bermata satu, lantai hitam putih ataupun checkered floor, lady in red, apa lagi ntah aku lupa haha. aku malas nak cakap banyak pasal benda alah ni, even aku tahu la jugak pasal menatang ni kan. kang kena gam pulak mulut aku haha. okaylah ni aku just share je kat korang and saya harap apa yg saya tulis ini adalah daripada sumber yang betul :) so kalau ada salah dan silap semasa saya menulis post ini, harap maaf, tiada niat untuk menyinggung perasaan sesiapa. sekian :)

Friday 8 April 2011

nahh.

Twin Tower @LIVE 2011

haa kepada sesiapa yang berminat nak pergi, pergi lah korang. sesungguhnya, ia percuma belaka. dan boleh dikatakan penuh sesak laa KLCC nanti kan, mana taknya, Hoobastank, Wonder Girls, Yuna, The Azenders dan Bunkface perform. tapi diingatkan juga, konsert ini berlangsung selama dua hari. tapi bagi aku second day macam tak meriah sangat kot(aku rasa) sudah pasti ramai jejaka malaya nak usha awek2 Wonder Girls kan, alaa korang jgn tipu aku laa sbb aku pun laki gak HAHA. kawan saya ada mengajak saya pergi, akan tetapi saya merasakan ini hanya propaganda freemason *tiba-tiba. eh takde lah aku gurau je pasal freemason tu korang jgn pcaya. nanti satu hari nanti aku post gak pasal freemason korang tunggu je. cuak tak cuak lah kan HAHA.okay back to the point, siapa yang nak enjoy the concert, pergi lah. saya mengaku tidak rugi pergi kerana ianya percuma:) sebab saya tak pergi kan kan, ada lahhhhhh. HAHA. dah cukup la tu. have fun people byee:)

Thursday 7 April 2011

tak sabaa sabtu ni, heeeeee:)
wait for me taw, almost a month kita tak jumpa. really miss u damn much

 gambar lama, iloveyou<3
tak tahu nak post apa sebenarnya, tapi saya happy sangat2 sekarang ni :D thanks to YOU for completing my life again ;)

Monday 4 April 2011

sweet little things:)

:')
thank God, you give me strength to face Your obstacles in my life. to you, i'm happy now, seems like we can be together again:) InsyaAllah

genre : Metalcore

it's not just a genre

okay ini saya ingin memberi sedikit info yang saya tahu tentang genre musik metalcore. metalcore adalah gabungan antara aliran hardcore punk dan juga extreme metal. genre ini muncul pada era millenium 2000 tapi kita boleh lihat pada tahun 90-an, band seperti Earth Crisis, Integrity dan juga Dead Guy menunjukkan ciri-ciri genre musik metalcore ini. antara signature sign yang kita boleh lihat tentang musik metalcore ini adalah dengan penggunaan tuning gitar drop D sampai drop C,menggunakan hardcore scream and death growl(biasanya ada clean vocal pada band-band sekarang) dan juga penggunaan breakdown. biasanya bassist akan mengikuti gitar rhythm. kalau korang nak tahu, banyak band sekarang ni menggunakan genre metalcore sebagai musik dorang, antara band-bandnya adalah seperti Shadows Fall, Killswitch Engage, All That Remains, God Forbid, Unearth, Caliban, Miss May I, Asking Alexandria, August Burns Red, The Devil Wears Prada banyak lagi.

Miss May I
The Devil Wears Prada

Sunday 3 April 2011

review.

this is PARAMOREEEEEEE<3

now its time for review. hehe. kali ni aku nak review antara fav band aku, bagi aku the best band ever yang menggunakan perempuan sebagai vocalist, Paramoree:) hee. aku rasa korang semua konfem dah kenal sangat band ni, yelaa famous kot, even nenek aku pun tahu aku rasa lah :D aku nak review pasal paramore sebab rasa rindu lah nak tengok dorang lagi skali, especially si Hayley Williams ni,hehehe dia awek aku laaaaa:DD nak tengok gamba paling cute dia yg aku ada? haha jap

haa cute gila kan? hikhik

korang jangan jeles awek aku lawa gila,HAHA. i wish. hrm bagi aku, she's very talented with her voices. and bila dia perform on stage, very energetic. tak hairan lah kalau dia ni memang digilai ramai jejaka kan?haha.aku laa salah seorangnya. okay, korang mesti tak pegi konsert Paramore Live In Kuala Lumpur kan?haa aku pegi and that was the best concert ever. even Paramore was in stage just like 2hours, aku sangat puass:) antara gambar2 semasa di stadium bukit jalil:)

opening, smart kan?:)


ni sudah tentu lah bukan aku, meet caer and mirul
haa berpeluh satu badan
my Hayley<3
closing:)

aku malas lah nak upload semua gamba, internet slow,haha. later aku update lagi yaa:) byebyebye
i'm craving for this right noww, SUBWAY

Saturday 2 April 2011

to you,

last night was the best night ever after our long fight, u call i:') i terharu sangat2 u call i.thanks tau. same goes to me, i miss your sweet true voices:') even u kata tak sedap pun suara u kan, tapi dengan suara tu jugak laa i dapat tidur dengan lena:) u mcm dapat baca hati i, sbb last night i mmg tak dapat tidur, i rindu u:( and u call at the right time and i was like so happy and grateful u call i:) thanks tau:) hrm and again macam biasa u otp ngan i, u tertido lagi. siap berdengkur lagi.hee comelnya:) pastu tanak ngaku pulak tu kan, hrm takpelah, thanks sbb call i, terubat rindu i nak dengar suara u, and after u call smalam, rasa rindu i nak kita mcm dulu balik, makin kuat.i rindu sgtsgt the old us:') i miss you, i miss the old us. and i will not stop from loving you:)

Friday 1 April 2011

review.

hailing from Cheras, Kuala Lumpur and representing KERAMAT DURJANA, this is Daarchlea.

hai :) kali ni nak review band ganas sikit. okay lah ganas banyak. jangan terkejut kalau dorang ni dapat jolokan Cradle Of Filth malaysia. HAHA. seperti mana yang anda semua tahu, review saya kali ini tentang band yang berpaksikan Metal/Black Metal. waa sounds like boleh rosak akidah kalau dengar lagu dorang.haha abah kau lah ! tak semua lagu black metal puja syaitan okay:) please jangan fikir negatif je pasal genre black metal ni tau:) hrm, kepada sesiapa yang pernah tengok dorang perform, sudah pasti korang tahu betapa power dan kaw-nya band ni.haha. headbanging boleh sampai patah tengkuk:D 
hensem kan abang-abang Daarchlea? HAHA

last saya tengok band ni pada gig Is Anyone Up dan sungguh puas apabila mereka perform lagu baru mereka, Dher Phalse Mesaya. buat pendengar setia lagu metal, korang wajib dengar lagu ni:) dan tahniah buat Daarchlea kerana telah memberi impak baru dalam dunia musik metal tempatan:)
baru baca satu post u dalam blog kita dulu, i'm crying like hell. sumpah i miss the old us, especially you. its okay, atleast i dah dapat baca some of our sweet memories, i just rindu nak dimanjakan oleh u. thats why i mintak nak baca blog. and thanks for the passwrd. nanti u tuka lah passwrd balik okay? thanks a lot for the past memories. now, i can sleep. goodnight
kau tak jawab lagi pun soalan aku,
berubah from what to what? aku tak faham. selama ni aku dah berubah macam yg kau nak, itu yg aku tahu. dan kau jangan nak putar belit kata selama ni aku tak berubah untuk kau. apa lagi yang aku tak ubah? cakap lah
betul kan apa yang aku cakap? aku tak berubah apa? selama ni aku tak berubah ke selama aku ngan kau? pelik ah. aku tatau kau fikir apa sampai macam ni skali kau buat aku. sakit tahu tak
aku sedar diri aku, aku tak setaraf kau. aku sangat hina bagi kau, sebab tu kau dah tanak kat aku dah. dan aku ni jahat tak macam kau, kau takut aku pengaruh kau buat dosa,
oh, kau perlukan aku lagi ke? aku rasa diri aku hina sangat kan? kau pun pandang aku hina. kau still nak kat aku atau kau nak cari laki lain?
jawab soalan aku ni, aku bukannya nak cari gaduh ke apa, just aku nak tahu, mana bukti aku pentingkan music? dan pasal dosa tu betul kan? just jujur je laa. tu je yg aku mintak,
mana bukti aku lagi pentingkan music? mana tunjuk kat aku. bukan sebab kau nak berubah? dan perangai aku teruk? aku banyak bagi dosa kat kau? bukan tu ke sebab dia?
just give me your reason of leaving me, thats all.
penatnya kerja harini, sampai pukul 11lebih pun ada customer. gila lah semua nak beli aiskrim. kalau mintak cup kecik takpelah jugak, ni mintak yang besar gedabak. memang penat laa tangan aku mencedok aiskim. haih tapi takpelah dapat jugak rasa semua aiskrim free.heee:) and okay laa jugak balik rumah pun, akak tu tadi bagi aiskrim free.hehe, at least dapat jugak pengalaman kerja kat baskin, and dapat duittt:) tapi tatau lah duit ni nak buat apa, plan dulu kerja ni, nak belanja orang. hrm takpelah aku kena start berjimat:) takkan lah asyik nak mintak ibu je kan:) kesian ibu:) after ni, solat then tidur. selamat malam:)
kalau awak masih sayang saya lagi, kenapa mesti awak buat macam ni kat saya? awak tinggalkan saya macam tu je. saya ni ada perasaan jugak, dan bukan senang nak hidup macam ni tanpa awak. kalau awak dah betul2 putus harapan, kenapa awak tak cari orang lain? mana janji awak dulu? awak tahu tak, saya sedih sangat, saya tak tahu nak buat apa, dan paling saya sedih, sanggup awak remove saya dari friend awak. hinanya saya:( awak memang salahkan saya semuanya kan atas apa yg dah berlaku ni? saya rasa boleh je kalau nak betulkan keadaan, tapi saya tak tahu kenapa awak berubah sangat, dulu awak tak macam ni. awak masih nak pertahankan hubungan kita, tapi kenapa sekarang awak putus asa? kenapa? hina sangat ke saya ni nak jadi teman awak? dan tolonglah, tadi saya cuba nak dapatkan awak, tapi awak off phone. dan awak text saya pun macam saya ni paling jijik dalam dunia awak. sedihnya saya. awak mungkin banyak teman ingin meluahkan perasaan dan saya percaya awak okay tanpa saya. saya tahu, nayzu yang cakap. saya risau pasal awak. siang malam saya menanti kepulangan awak, awak langsung tak pedulikan saya, awak macam dah betul2 lupakan saya dan anggap saya ni tak pernah wujud dalam dunia awak. kalau awak nak ikut takdir tapi tak berusaha, saya rasa sampai bila2 kita takkan bersama. saya puas siang malam doakan untuk hubungan kita, sedihnya:( awak tak kesah langsung ke pasal saya? mana awak yang saya kenal dulu? kalau awak betul nak berubah pun, takkan lah sampai sanggup buang saya macam ni? saya tahu awak dah nekad nak berubah, tapi takkan sampai macamni? saya tahu saya banyak bagi dosa kat awak, sebab tu ke awak tinggalkan saya? saya mintak maaf sangat2. kalau pasal itu yg menyebabkan awak nekad tinggalkan saya, saya akan undur diri. saya mengalah kalau itu lah sebabnya. sampai sekarang, saya tak dapat penjelasan yang betul2 kenapa awak tinggalkan saya. saya nak penjelasan yang terang dan jelas daripada awak. awak dah tak boleh terima diri saya seadanya ke? saya tahu saya tak setaraf awak, tapi saya merayu nak kat awak lagi sebab saya dah sayang awak sangat2. tak cukup ke kasih sayang yang saya dah bagi kat aawak sebelum ni?tolong lah jawab. saya merayu supaya awak bagi penjelasan yang betul2, kenapa awak tinggalkan saya. saya terseksa, saya merana, saya lemah. hati saya remuk, awak je yang boleh ubatkan hati saya. Ya Allah, bukakan lah pintu hatinya untuk menerimaku balik:'(